Header wataniah

Anda di sini:   Laman Utama AW @ MinDef Sejarah
Sejarah Askar Wataniah

Askar Wataniah (AW) adalah badan sukerela yang berlainan dari badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan angkatan simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Penyertaan saudara-saudari di dalam Askar Wataniah akan  merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk pengembelingan semua sumber negara disamping penglibatan angkatan tentera.

Sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju dengan Wawasan 2020, setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan dan pertahanan negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian dari aktiviti masyarakat.


Askar Wataniah MINDEF

Dilancarkan pada 26 Jun 2009 oleh Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia. Kementerian Pertahanan mengarahkan semua pegawai dan kakitangan awamnya menyertai Askar Wataniah (AW),  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan dan Timbalannya, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad menyasarkan seratus peratus pegawai serta kakitangan awam yang layak. Penyertaaan secara menyeluruh ini adalah untuk menggarap satu tujuan supaya orang awam memahami dan merasai denyut nadi serta degup jantung pegawai dan anggota tentera. Jalinan antara pegawai dan anggota tentera bersama pegawai dan anggota kakitangan awam dapat diwujudkan.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Askar Wataniah bil 1/2009 pada 20 Julai 2009 telah mencadangkan supaya diwujudkan 3 kategori penyertaan dalam Pasukan Askar Wataniah KEMENTAH. Kategori Pertama (Kumpulan A) adalah bagi warga awam yang menyertai Askar Wataniah KEMENTAH sebagai kumpulan elit. Kumpulan ini akan dipersiapkan untuk menyertai sebarang acara perbarisan di peringkat Kementerian ataupun peringkat yang lebih tinggi.

Kategori kedua (Kumpulan B) pula terdiri daripada warga awam yang disahkan sihat dan berumur kurang 50 tahun. Manakala Kategori ketiga (Kategori C) pula adalah warga awam yang berumur kurang 50 tahun tetapi disahkan tidak sihat oleh pegawai perubatan dan mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Pegawai-pegawai kanan Kementerian di Gred 54 dan ke atas adalah dalam kategor ini. Ketiga-tiga kumpulan ini akan menjalani latihan yang berbeza mengikut kesesuaian tahap kesihatan dan umur.